- APA ITU SHUTTER SPEED?
- Memberi maksud Exposure Time, iaitu masa shutter camera itu terbuka utk kemasukan cahaya.
- Semakin lama shutter terbuka, semakin tinggi kemasukan cahaya.
- BAGAIMANA MENGENALI SHUTTER SPEED?
- Diwakili dengan unit saat, contoh 1/4000s, 1/250s.
- Terletak pada badan kamera (sama seperti ISO pada kamera digital), bukan pada lens.
- Pada zaman analog (filem), biasanya shutter speed ditunjukkan dalam gandaan 2 (jarak 1 stop), contohnya 1/250s, 1/500s, 1/1000s dan yang paling rendah selepas 1s ialah B (Bulb Mode)
- Pada zaman digital, kamera digital SLR mampu menggunakan shutter speed selaju 1/8000s bagi sesetengah model kamera, dan serendah 30s, kemudian BULB.
- Untuk digital SLR, "shutter speed" yang lebih rendah daripada 1 saat akan ditandakan dgn 1", 2" hinggalah 30" utk membezakan dengan shutter speed 1/2s, 1/30s.
- Selepas shutter speed ditunjukkan dalam unit nombor, ia akan diwakili dengan B yg bermaksud BULB, iaitu tiada masa terhad untuk bukaan shutter. Dengan mode BULB, shutter akan sentiasa terbuka selagi kita menekan butang shutter
perkongsian youtube
No comments:
Post a Comment