DEPTH OF FIELD

Depth of Field
Ringkasnya, DOF merujuk kpd ruangan/bahagian di sekeliling (depan dan belakang subjek) dlm sesebuah foto yg dilihat sharp, atau in-focus.
DOF terbahagi kpd 2:

  • Large DOF (DOF luas)
  • Shallow DOF (DOF sempit)

Faktor Keluasan Depth of Field

Seperti yg dah dinyatakan di atas, DOF dipengaruhi oleh 3 faktor utama:

  • Bukaan Aperture
  • Focal length
  • Jarak subjek (fokus utama) drpd kamera

Utk dapat shallow depth of field, iaitu gambar yg ada bokeh: 
  • Focal length yg berangka tinggi (telephoto), contoh 55mm dan ke atas
  • Aperture besar (no f kecil), contoh f/1.8
  • Jarak yg dekat di antara kamera dgn subjek

Manakala utk dpt large depth of field bagi gambar seperti landscape:
  • Focal length yg pendek (wide), contoh 18mm dan ke bawah
  • Aperture kecil (no f besar), contoh f/11
  • Jarak yg jauh di antara kamera dgn subjek

No comments:

Post a Comment