APA ITU APERTURE?
- Mekanisme yang terletak pada lens, yang berupa bilah/pisau
- Merujuk kepada diameter bukaan lens yang mengawal kemasukan cahaya
- Semakin besar diameter bukaan, semakin banyak cahaya yang masuk ke dalam sensor/filem
BAGAIMANA MENGENALI APERTURE?
- Biasanya ditunjukkan dalam unit F-angka, contoh F2.8 atau f/2.8
- Ia adalah mekanisme pada lens, bukan body kamera
- Kalau aperture itu tidak diwakili dengan F-angka, maka biasanya dia akan diwakili dengan nombor nisbah, contoh 1:2.8 bermaksud F2.8 atau f/2.8, 1:3.5-5.6 bermaksud F3.5-5.6.
BAGAIMANA MEMBACA APERTURE?
- Kita sebut sebagai "F" diikuti dengan nombor, contoh "F" "2.8".
- Aperture besar atau kecil disebut terbalik dgn nombornya
- Contoh, f/2 adalah aperture yang besar jika dibandingkan dengan f/16, walaupun secara logiknya, 16 itu lebih besar daripada 2.
- Kenapa kita katakan ianya besar? Kerana diameter bukaan lens pada f/2 adalah lebih luas daripada diameter bukaan pada f/16.
No comments:
Post a Comment